SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari jauh nampak kelabu, Nampak ke Gunung Jerai; Ini malam kita bertemu, Besok hari kita bercerai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulau Pisang nampak terendam, Nampak dari Kuala Rambah; Hati rindu bertambah dendam, Pada siapa nak menumpang susah? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGunung Daik nampak terlintang, Nampak dari Pulau Pelanduk; Hitam manis sanggul melintang, Tempat abang bersandar masuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRiak-riak kata ke toman, Kalau toman nampak riaknya; Nampak layu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau manis merah masaknya, Terlindung pula di balik dahan; Sungguh manis nampak wajahnya, Tak nampak sehari rasa sebulan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri. |
|
Puisi |
---|
|
Pulau Pisang nampak terendam, Nampak dari Kuala Rambah; Hati rindu bertambah dendam, Pada siapa nak menumpang susah?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 643 A wolf in sheep's clothing Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya. Ular berlingkar di gulungan tikar When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you. Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan ular berlingkar di gulungan tikar. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|