Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari jauh nampak kelabu, Nampak ke Gunung Jerai; Ini malam kita bertemu, Besok hari kita bercerai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pulau Pisang nampak terendam, Nampak dari Kuala Rambah; Hati rindu bertambah dendam, Pada siapa nak menumpang susah?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gunung Daik nampak terlintang, Nampak dari Pulau Pelanduk; Hitam manis sanggul melintang, Tempat abang bersandar masuk.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Riak-riak kata ke toman, Kalau toman nampak riaknya; Nampak layu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Limau manis merah masaknya, Terlindung pula di balik dahan; Sungguh manis nampak wajahnya, Tak nampak sehari rasa sebulan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
643

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Ular berlingkar di gulungan tikar

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan ular berlingkar di gulungan tikar. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...