SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDisimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiInderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak labi makan mengecap, Beri makan kelopak jantung; Pada nabi saya mengucap, Pada Tuhan saya bergantung. |
|
Puisi |
---|
|
Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh.
Lihat selanjutnya... |
|