SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSongket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Gersik ke Surabaya, Singgah memetik kuntum delima; Sungguh malang nasib saya, Sudah berputik balik berbunga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan disapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Malang tangan celaka tangan, Lepas tangan orang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan talang dalam belanga, Mari bercampur dengan pelotan; Alangkah malang nasibnya bunga, Dilanyak kumbang jadi belacan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok perah ditebang jangan, Biarkan tumbuh bersama lalang; Kalau sudah malang badan, Rezeki secubit disambar helang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah bacang jatuh ke paya, Pokok pauh bernama mangga; Apalah malang nasib saya, Sudah jatuh ditimpa tangga. |
|
Tesaurus |
---|
| malang (adjektif) | Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial,
langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;, | | Kata Terbitan : kemalangan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 396 Misfortunes never come singly Malang sering kali datang bertimpa-timpa Untung melambung, malang menimpa. It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. Kata orang, Untung melambung, malang menimpa. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|