SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi ditutuh lagi ditebang, Dibuat mari ampaian kain; Tempat jatuh lagi terkenang, Kononkan pula tempat bermain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi ditutuh lagi ditebang, Tutuh sedahan si ampai kain; Tempat jatuh lagi dikenang, Inikan pula tempat bermain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi tinggi lagi mengawan, Dapat sikit batu lebah; Abang pergi hati merawan, Hendak tinggal bukannya mudah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRambai lebat di tepi padi, Lagi dijurai lagi ditutuh; Kalau boleh bagai di hati, Rambut sehelai belah tujuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerak hijau di cabang pauh, Anak puyu di dalam padi; Lagi kutinjau lagi jauh, Berasa sayu di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnjing angkat anjing berburu, Anjing berburu di luar kota; Lagi tak dapat lagi dituju, Hendak menyapu arang di muka. |
|
Puisi |
---|
|
Lagi ditutuh lagi ditebang, Dibuat mari ampaian kain; Tempat jatuh lagi terkenang, Kononkan pula tempat bermain.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 264 There is no place like home. Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|