SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAkar tanjung pagar selasih, Balung kulit berisi serai; Alangkah teruk menanggung kasih, Tak sebab kulit tulang bercerai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUmpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut; Kalau nyawaku di hujung kuku, Nyawa kau juga di hujung rambut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAti-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMuara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak raja menikam pari, Kulit siput di dalam bemban; Bukan saya lepas ke mari, Bawa untung nasib badan. |
|
Puisi |
---|
|
Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa.
Lihat selanjutnya... |
|