SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang kelat masak merkah, Bawa budak dalam raga; Bulan gelap tanah lecah, Kasihku baik jarang berjumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu jelutung kayu di rimba, Mati bertimpa kayu kelat; Sudah untung kita berdua, Umpama ikan dalam belat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaja Ainon jalan ke selat, Pulau Pinang pasirnya halus; Air kuminum terasa kelat, Usahkan kenyang bertambah haus. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga. |
|
Puisi |
---|
|
Buah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga.
Lihat selanjutnya... |
|