SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak orang mengetam pulut, Saya seorang mengetam padi; Ramai orang karam di laut, Saya seorang karam di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak orang menanam pulut, Saya seorang menanam padi; Banyak orang karam di laut, Saya seorang karam di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Jeram menuju ke Bentan, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Orang karam di tengah lautan, Hamba karam di hati sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak orang pergi ke Bentan, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Orang karam di tengah lautan, Hamba karam di dalam hati. |
|
Puisi |
---|
|
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.
Lihat selanjutnya... |
|