SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIndah-indah bawa bertandang, Pucuk pauh kicap manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan purnama indah mengambang, Nampak dari Tanjung Bidara; Sudah lama saya berdagang, Mencari lain belum berjumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulau Pinang pulaunya indah, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang sejarah yang sudah, Berlinang lebih si air mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain songket berkodi-kodi, Tersusun indah di atas peti; Biarpun sedikit bernama budi, Guna menempah jasa bakti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah. |
|
Puisi |
---|
|
Rendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 361 Manners make the man Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|