SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKejat-kejat dari Patani, Kemunting dari Kemaman; Besar hati datang ke mari, Hendak menyunting bunga di taman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit kaki menendang tunggul, Tunggul besar tanah huma; Sakit hati memandang sanggul, Sanggul besar penuh bunga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Melaka ke Tanjung Tuan, Singgah bermalam di rumah Cik Siti; Bila kunampak muka tuan, Rasa besar di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak beruk besar lengan, Mari letak atas meja; Sungguh buruk hati berkenan, Tidak boleh ditukar juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak beruk besar lengan, Pukullah mari si kayu kain; Sungguh buruk hati berkenan, Hatiku tidak kepada lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang terbang layang kaki, Pokok besar berapa tinggi; Jangan abang bersusah hati, Umur panjang berjumpa lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar. |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Kejat-kejat dari Patani, Kemunting dari Kemaman; Besar hati datang ke mari, Hendak menyunting bunga di taman.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 555 There's no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Rambut sama hitam hati lain-lain. I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak rambut sama hitam hati lain-lain. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|