SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerani buat berani tanggung, Jangan suka teragak-agak; Jangan bawa rasmi jagung, Makin berisi semakin tegak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari Isnin kucing berlumba, Orang Tambirat berkayuh; Berani jamin berani bawa, Di dalam surat mengata sungguh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dulang nak mandi? Nak cuba bunganya; Berani buat berani mati, Nak cuba hati jantungnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu belah batu bertangkup, Hendak makan telur temakul; Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam Teluk Kemang, Saya berani tebar jala; Berapa ramai anak Demang, Saya berani membuang nyawa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani |
|
Puisi |
---|
|
Hari Isnin kucing berlumba, Orang Tambirat berkayuh; Berani jamin berani bawa, Di dalam surat mengata sungguh.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 490 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|