SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menembak sampai ke awan, Kain kuning dibuat baju; Dilambung ombak sampai ke awan, Lancang kuning bertambah maju. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung merpati selindung awan, Suka hinggap atas pintu; Dalam hati sangat rawan, Mulalah awak tunang aku. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan |
|
Puisi |
---|
|
Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.
Lihat selanjutnya... |
|