SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar sasak tidak, Apa sasak daun buluh; Tuan bujang berbini tidak, Apa cacat dalam tubuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna seguni dedak, Hendak kuhanyut di rakit buluh; Tubuh besar berbininya tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi. |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Lihat selanjutnya... |
|