SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiInang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam sirih dalam telaga, Pisang rastali atas raga; Sekalian waris tidak suka, Baik kita berwalikan raja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPenat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik. |
|
Puisi |
---|
|
Baik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan.
Lihat selanjutnya... |
|