Abdullah Hussain - Dewan Bahasa dan Pustaka
Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. ALAMAT : 840, Jalan 17/22, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. PENULIS yang cukup prolifik lagi konsisten ini, mempunyai pengalaman yang luas. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan beliau adalah salah seorang penulis Malaysia yang kaya dengan pelbagai pengalaman yang menarik hati. Pengalamannya yang luas serta penguasaannya dalam beberapa bahasa merupakan faktor-faktor yang membantu Semenanjung. Kebolehan awalnya dalam bidang penulisan telah terbukti, apabila cerita bersirinya berjudul “Binti Penghulu” diterbitkan dalam akhbar Sahabat , disusuli cerita “Harta dan Jodoh Menanti di England” sebanyak 38 siri. Abdullah tidak menerima apa-apa bayaran daripada karya tersebut. Pada tahun 1940, Abdullah bertugas pula sebagai pembantu pengarang Saudara di Pulau Pinang. Beliau bertugas di situ hingga awal tahun 1941 apabila Saudara
|
|
|