Sabda S - Dewan Bahasa dan Pustaka
Colombo Camp di Ulu Pandan. Manakala pada sebelah malamnya, beliau membuat kerja sampingan, berjual di pasar malam. Tempat tinggal dan pekerjaannya ini dilakukan secara sulit tanpa pengetahuan keluarga. Setahun kemudian, tidak disangka-sangka pada suatu pagi, ayah dan datuknya terpacul di hadapan rumah sewanya dengan maksud membawa beliau kembali ke kampung. Sabda akur dengan nasihat agar bersekolah semula dan kali ini Kemerdekaan Berfikir dalam Prosa Moden”, Utusan Kiblat, Mac 1974 dan “Jambatan Timur dan Barat”, Utusan Kiblat, April 1974. Beliau pernah mengetengahkan beberapa siri tentang konsep sastera Islam yang pada pandangannya tidak boleh dilihat melalui pandangan pengkritik atas dasar setiap sastera yang mengarah kepada kesejahteraan boleh dianggap sebagai sastera Islam. Menurut beliau, sastera Islam mestilah bertolak dari dalam diri penulis itu sendiri
|
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956). Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Samad sudah mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-pengarang penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah diketemuinya. Sajak dan cerpennya mula tersiar sewaktu beliau masih di bangku sekolah. Sebelum terbitnya novel Salina yang mengharumkan namanya Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. Beliau menggunting cerpen-cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya. Kegiatan menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuat minatnya terhadap kesusasteraan. Segalanya ini membulatkan tekad dan fikirannya untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan |
T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
hanya baru mendapat tempat pada tahun 1964 dalam majalah Angkatan Baru. Puisinya berjudul “Persembahan” dan cerpennya “Dunia Pelayan” masing-masing tersiar dalam Angkatan Baru keluaran Oktober 1964 dan Mac 1965. Tidak lama selepas itu, beliau menumpukan penulisannya dalam bidang puisi sahaja, dan menjadi penyair yang cukup prolifik. Karyanya mendapat perhatian surat khabar serta majalah dan pada satu waktu hampir saban bulan bentuk stensilan bertajuk “Laut Tak Biru di Seberang Takir” yang memuatkan 44 buah puisi yang dihasilkan antara tahun 1968 hingga tahun 1970. Kelahiran kumpulan ini cukup memberi erti kepadanya, paling tidak untuk menyatakan kepada umum bahawa puisi sudah menjadi pengucapan penting dirinya. Beliau menggemari puisi-puisi A. Samad Said serta puisi-puisi penyair Indonesia seperti Bur Rasuanto, Subagio, Geonawan, dan Rendra
|
Hassan Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan perancangan bahasa dan sastera. Pada satu ketika, beliau merupakan seorang penyelidik bahasa dan sastera yang banyak menulis tentang bahasa dan sastera terutama dalam tahun-tahun 1960-an. Kedudukannya bertambah penting apabila beliau dilantik menjawat jawatan Ketua Pengarah DBP, sebuah institusi yang ditugaskan membina, memoden, dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan pada tahun 1976. Sejak beliau mula berkhidmat di DBP pada tahun 1963, Hassan Ahmad telah memegang beberapa jawatan penting, bermula sebagai Pegawai Penyelidik, Ketua Bahagian Penyelidikan, Pemangku Pengarah, Pengarah, dan Ketua Pengarah dalam masa 13 tahun. Anak bekas pegawai dalam Jabatan Polis, Hassan Ahmad adalah anak sulung daripada lapan |
Latiff Mohidin - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan oleh sebab beliau ialah pelukis-penyair yang paling banyak mengembara di Eropah dan Asia, maka Latiff berkesempatan pula berkenalan dengan tradisi dan sastera dunia yang beragam. Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman sehari-hari peribadi penyair sendiri. Sia-sia sahaja jika kita mahu mencari masalah “pertentangan lapisan pengalaman melalui imaginasinya. Pembaca juga akan menemui banyak sekali imejan benda-benda yang biasa dan unsur-unsur yang lumrah seperti tiket, surat, sotong, burung gagak, cicak, dan sungai. Latiff tidak menampilkan benda dan unsur tersebut dengan terperinci sebagai gambar yang mati. Beliau berusaha melampaui garis kenyataan dengan tenaga imaginasinya serta melihat pelbagai kemungkinan getar peristiwa yang wujud di sebalik benda
|
Noordin Hassan - Dewan Bahasa dan Pustaka
Live Blog Stats NOORDIN HASSAN ( Noordin bin Hassan , Dato’, Sasterawan Negara) LAHIR : 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang. ALAMAT : 60, Jalan Limau Kasturi, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. TIDAK hairanlah jika dunia seni menjadi pilihan Noordin Hassan kerana ayahnya sendiri, Hassan Aluih Pakcik Kaya adalah seorang yang dikenal sebagai tukang karang boria, sejenis permainan tradisi di Pulau Pinang dan perempuan, dia akan kahwin lagi untuk mendapatkan anak lelaki. Sudah takdir Tuhan, anak yang keempat itu seorang lelaki; itulah kini yang dikenal dengan nama Noordin Hassan, seorang penulis drama yang tidak asing lagi kepada peminat-peminat drama tanah air. Ayah beliau meninggal dunia sewaktu Noordin berusia tiga tahun. Pada akhir tahun 1930-an, Noordin Hassan memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Perak |
Muhammad bin Haji Salleh - Dewan Bahasa dan Pustaka
definisi Robert Frost, seorang penyair Amerika, bahawa puisi ialah sesuatu yang setelah kita membacanya kita menjadi lebih bijaksana. Para penyair menolong menyedarkan kita kepada masalah kita bersama malah mendefinisikan masalah penting supaya kita benar-benar dapat menyelesaikannya. Amat jelas bahawa tema puisi Muhammad pada umumnya lebih banyak memaparkan masalah-masalah bersama, masalah eksistensi individu yang berhadapan dengan kehidupan kekotaan. Bangunan-bangunan beliau lebih menekankan pemikiran daripada perasaan. Sikap dan fikiran beliau tercermin kepada bentuk puisi yang padat dan kata-kata yang kurang mengandungi emosi. Beliau secara sedar berusaha menggunakan bahasa yang tidak biasa dipakai oleh penyair lain. Kerana itu terdapat pembentukan ungkapan-ungkapan baru untuk memberikan ketepatan dan ketajaman makna dalam puisi-puisi beliau. Namun dalam ungkapan yang baru dan asli itu
|
Shahnon Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Emeritus, Sasterawan Negara, Juwahir, Tutang) LAHIR : 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah Darul Aman. ALAMAT : 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. SHAHNON AHMAD sebagai pengarang tidak payah diperkenalkan lagi dalam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong, atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial menekan yang |
Keris Mas - Dewan Bahasa dan Pustaka
di sekolah Melayu hingga darjah V. Hasil keputusan peperiksaan yang baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab amalan pemilihan pihak yang berkuasa, beliau tidak mendapat peluang itu. Keris Mas lalu dihantar oleh keluarganya ke Sumatera mengikuti pelajaran di Tawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Setelah itu, Keris melanjutkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Pegawai Penerangan parti tersebut. Pada penghujung tahun 1947, ketika PKMM mengadakan kongres tergemparnya di Singapura, Keris Mas turut hadir. Tidak lama kemudian, Keris Mas mengundurkan diri daripada PKMM, lantas bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu Singapura . Suatu sumbangan besar yang telah diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang ketika
|
Abu Hassan Sham - Dewan Bahasa dan Pustaka
1969. Apabila diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Sastera, Abu Hassan terus menumpukan kajian di bidang sastera klasik dengan mengambil teks Hukum Kanun Melaka sebagai bahan penyelidikannya. Abu Hassan tidak jemu-jemu meneroka bidangnya terutama yang berhubung dengan naskhah Melayu lama. Dalam hal ini, beliau bukan sahaja telah sampai ke perpustakaan di Barat terutama di London dan Leiden tetapi juga di ceruk pedalaman dan pulau-pulau di Kepulauan Riau bagi menyelidik serta menganalisis manuskrip lama. Abu Hassan berpendapat bahawa warisan bangsa tidak patut diabaikan begitu sahaja kerana ia penting bagi pembinaan identiti dan wawasan masa hadapan bangsa. Banyak iktibar dan teladan yang boleh dikutip daripada manuskrip lama itu. Setelah lulus Sarjana Muda |
|
|