Wan A. Rafar - Dewan Bahasa dan Pustaka
minatnya terhadap kesusasteraan. Sewaktu dalam darjah enam, beliau telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan mengarang sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat jajahan Pasir Mas, Kelantan. Minat membaca ini diteruskan lagi sewaktu di sekolah menengah dengan membaca karya-karya yang lebih dewasa sifatnya dalam Berita Minggu dan Dewan Bahasa. Karya-karya A. Samad Said, Usman Awang, Shahnon Ahmad, Keris Mas, Arena Kamil Yassin) dalam Berita Minggu dan Baha Zain dalam Dewan Masyarakat telah menumbuhkan bakatnya dalam bidang puisi. Beliau juga membaca karya-karya dari luar negera, terutama dari Indonesia. Karya-karya Marah Rusli, Abdul Muis, Hamka, S. Takdir Alisjahbana, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat K. Mihardja, Chairil Anwar dan Amir Hamzah telah dibaca sejak awal sekolah menengah lagi. Beliau juga tertarik dengan karya
|
|
|