T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
genre sastera. Sesudah banyak menulis cerpen, esei, drama radio, dan drama pentas di samping terjemahan, Alias menjadikan puisi sebagai bidang kreatifnya yang khusus. Beliau adalah antara penyair kita yang masih ghairah mencipta puisi. Alias yang berasal dari Kuala Terengganu mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapas dan lulus darjah III dalam tahun 1952. Kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan hanya baru mendapat tempat pada tahun 1964 dalam majalah Angkatan Baru. Puisinya berjudul “Persembahan” dan cerpennya “Dunia Pelayan” masing-masing tersiar dalam Angkatan Baru keluaran Oktober 1964 dan Mac 1965. Tidak lama selepas itu, beliau menumpukan penulisannya dalam bidang puisi sahaja, dan menjadi penyair yang cukup prolifik. Karyanya mendapat perhatian surat khabar serta majalah dan pada satu waktu hampir saban bulan
|
|
|