T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
hanya baru mendapat tempat pada tahun 1964 dalam majalah Angkatan Baru. Puisinya berjudul “Persembahan” dan cerpennya “Dunia Pelayan” masing-masing tersiar dalam Angkatan Baru keluaran Oktober 1964 dan Mac 1965. Tidak lama selepas itu, beliau menumpukan penulisannya dalam bidang puisi sahaja, dan menjadi penyair yang cukup prolifik. Karyanya mendapat perhatian surat khabar serta majalah dan pada satu waktu hampir saban bulan bentuk stensilan bertajuk “Laut Tak Biru di Seberang Takir” yang memuatkan 44 buah puisi yang dihasilkan antara tahun 1968 hingga tahun 1970. Kelahiran kumpulan ini cukup memberi erti kepadanya, paling tidak untuk menyatakan kepada umum bahawa puisi sudah menjadi pengucapan penting dirinya. Beliau menggemari puisi-puisi A. Samad Said serta puisi-puisi penyair Indonesia seperti Bur Rasuanto, Subagio, Geonawan, dan Rendra
|
Hamdam - Dewan Bahasa dan Pustaka
kewartawanan Melayu pernah bergolak apabila akhbar Melayu Raya diharamkan penerbitannya oleh pemerintah Inggeris di Singapura pada tahun 1950. Waktu itu Hamdam bertugas sebagai sidang pengarang Melayu Raya dan peristiwa rusuhan besar berikutan isu Natrah itu berlaku berikutan rencana tentang isu Natrah yang disiarkan oleh akhbar tersebut. Itulah peristiwa besar yang sentiasa menjadi ingatan dan kenangan Hamdam sepanjang kerjayanya dalam bidang kewartawanan. Sebagai wartawanan, beliau bukan sahaja terlibat dalam banyak penerbitan akhbar dan majalah, malah turut memperlihatkan kemampuannya dalam bidang |
Shahnon Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Emeritus, Sasterawan Negara, Juwahir, Tutang) LAHIR : 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah Darul Aman. ALAMAT : 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. SHAHNON AHMAD sebagai pengarang tidak payah diperkenalkan lagi dalam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong, atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran. Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa
|
Keris Mas - Dewan Bahasa dan Pustaka
di sekolah Melayu hingga darjah V. Hasil keputusan peperiksaan yang baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab amalan pemilihan pihak yang berkuasa, beliau tidak mendapat peluang itu. Keris Mas lalu dihantar oleh keluarganya ke Sumatera mengikuti pelajaran di Tawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Setelah itu, Keris melanjutkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Pegawai Penerangan parti tersebut. Pada penghujung tahun 1947, ketika PKMM mengadakan kongres tergemparnya di Singapura, Keris Mas turut hadir. Tidak lama kemudian, Keris Mas mengundurkan diri daripada PKMM, lantas bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu Singapura . Suatu sumbangan besar yang telah diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang ketika |
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. Beliau menggunting cerpen-cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya. Kegiatan menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuat minatnya terhadap kesusasteraan. Segalanya ini membulatkan tekad dan fikirannya untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan diterima sebagai penulis – saya lahir daripada “Batu Belah batu Bertangkup”. Saya masih tetap mendengar cerita ini walaupun orang yang menceritakannya ketika memandikan saya, menyuapkan makan saya dan menidurkan saya sudah tidak ada lagi.” Pekerjaan pertama Samad Said ialah sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Beliau berasa beruntung bekerja di hospital itu kerana amat sukar baginya mendapat kerja di mana-mana pun
|
S. Othman Kelantan - Dewan Bahasa dan Pustaka
Dengan majalah yang bercorak hiburan itulah, beliau dapat menguji bakat dan meyakinkan dirinya untuk terus berkarya dan bercita-cita menjadi penulis yang terkenal. Berkat ketabahan dan kegigihan serta minatnya yang besar terhadap dunia penulisan kreatif, S. Othman Kelantan hari ini terkenal sebagai seorang novelis dan cerpenis penting tanah air. Penulis yang berasal dari Kelantan ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Hadiah Karya Sastera juga telah memilih beberapa buah cerpen S. Othman sebagai antara cerpen yang terbaik untuk tahun 1972, 1973 dan 1975. Sebagai penulis cerpen, bakatnya memperlihatkan perkembangan yang meyakinkan. Tidak terduga oleh kita bahawa S. Othman Kelantan yang pada satu ketika dahulu amat gemar mengutarakan kisah-kisah detektif dan ala cowboy itu, akhirnya meneroka ke daerah persoalan yang lebih besar |
Ahmad Sarju -Dewan Bahasa dan Pustaka
lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Pada tahun 1958, Ahmad Sarju mendapat tawaran menjadi guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Parit Empat, Sungai Besar sehingga tahun 1971. Kemudian beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Klang pada tahun 1972 hingga ke tahun 1985. Dari tahun 1958 hingga ke tahun 1987, beliau bertugas di Sekolah bidang penulisan semenjak di bangku sekolah rendah lagi. Beliau menumpukan penulisan dalam bidang puisi dan pernah memenangi peraduan mengarang dan menulis puisi anjuran sekolah dan Jabatan Pendidikan. Parit Empat Sungai Besar ialah perkampungan petani yang menjadi sumber utama dalam pengkaryaannya. Setiap titik peluh petani dan keluhan mereka seolah-olah dapat dirasai dan dihayatinya. Ini menjadikan puisinya bertambah akrab dan bersatu dalam
|
Sahlan Mohd. Saman - Dewan Bahasa dan Pustaka
Ruangan DBP Tiada tatalan aktif untuk kumpulan ini Trafik Feedjit Live Blog Stats SAHLAN MOHD. SAMAN ( Mohd. Sahlan bin Mohd. Saman , Prof. Madya Dr.) LAHIR : 3 November 1949, di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. ALAMAT : No. 16, Jalan 1/7G, 43657 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. DALAM dunia kesusasteraan Malaysia, Sahlan Mohd. Saman lebih dikenali sebagai penulis esei dan pengkritik bandingan, iaitu satu-satunya bidang pengajian yang sedang giat diajar dan dipelajari di pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Enam, Sungai Besar, Sabak Bernam dari tahun 1957 hingga 1959. Seterusnya beliau bersekolah di National Type Primary School, Sabak Bernam pada tahun 1960. Sahlan memulakan persekolahan menengahnya di National Type Secondary School dari |
Jamaluddin D - Dewan Bahasa dan Pustaka
Langkawi, Kedah Darul Aman. SEMASA di sekolah menengah, Jamaluddin amat menggemari mata pelajaran Bahasa Melayu dan karangannya sering mendapat pujian guru. Ini mendorong beliau membaca buku-buku cerita dan secara tidak langsung bercambahlah minatnya terhadap penulisan. Minat ini dipupuk dan akhirnya lahirlah beberapa buah puisi dengan alam semula jadi dan suasana persekitaran tercerna dalam ciptaannya. Jamaluddin D mula mendapat pendidikan awal teman seperti Syed Abdul Malek, Misbah Tahir, Hassan Hanafiah, Gamah Embi dan Othman Saat. Para Wartawan ini banyak membantu beliau dalam hal-hal yang bersangkutan dengan penulisan dan kewartawanan. Jamaluddin tidak lama bertugas sebagai orang surat khabar kerana pada 18 Disember 1967, beliau memasuki perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Kastam di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Seberang Prai. Kini beliau menetap di
|
Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P
di Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. ALAMAT : 32, Jalan SS 3/44, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. MEMANDANGKAN jumlah penulis wanita yang amat kecil bilangannya itu, tidak hairanlah kalau beberapa nama mudah diingati oleh peminat-peminat sastera seperti Adibah Amin, Salmi Manja, Fatimah Busu, Salmah Mohsin, Zurinah Hassan dan Khadijah Hashim. Khadijah Hashim merupakan salah seorang daripada penulis wanita yang paling aktif menghasilkan pelbagai karya kreatif. Beliau pernah menulis beberapa buah drama radio sebelum melangkah ke dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Sebagai penulis, Khadijah mempunyai bakat besar terutama sekali dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Malahan, beliau dapat dianggap sebagai seorang penulis yang berjaya dibandingkan dengan penulis-penulis wanita lain yang lahir seangkatan dengannya. Khadijah Hashim menerima |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Lihat selanjutnya... |
|