Mahaya Mohd. Yasin - Dewan Bahasa dan Pustaka
ALAMAT : No. 59, Lorong Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. APABILA puisinya yang berjudul “Seruan” tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 26 April 1970, Mahaya tidak menoleh lagi untuk berkarya sehingga sekarang. Sebenarnya, bakat penulisan Mahaya telah bertunas sejak menuntut di Sekolah Tunku Kurshiah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ketika itu beliau masih remaja dan berumur sekitar 15 atau 16 tahun. Sajak-sajak awal Mahaya tersiar dalam Dewan Pelajar dan Berita Harian. Dengan tersiarnya sajak-sajak itu, Mahaya menjadi lebih bersemangat untuk terus menulis. Mahaya memulakan persekolahannya pada pertengahan tahun 1950-an di kampung kelahirannya, iaitu di Sekolah Datuk Idris, Tanjung Ipoh. Beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1965 dari
|
|
|