Noordin Hassan - Dewan Bahasa dan Pustaka
Live Blog Stats NOORDIN HASSAN ( Noordin bin Hassan , Dato’, Sasterawan Negara) LAHIR : 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang. ALAMAT : 60, Jalan Limau Kasturi, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. TIDAK hairanlah jika dunia seni menjadi pilihan Noordin Hassan kerana ayahnya sendiri, Hassan Aluih Pakcik Kaya adalah seorang yang dikenal sebagai tukang karang boria, sejenis permainan tradisi di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ayah beliau merupakan seorang pencinta seni dan tokoh yang Ismail sangat mengambil berat terhadap pendidikan agama. Selepas mendapat tiga orang anak perempuan, Hassan pernah memberitahu isterinya, jika anak yang keempat nanti juga perempuan, dia akan kahwin lagi untuk mendapatkan anak lelaki. Sudah takdir
|
|
|