A. Ghafar Ibrahim - Dewan Bahasa dan Pustaka
Ghaff, Agi) LAHIR : 31 Ogos 1943 di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor D.E. ALAMAT : 6, Jalan 1/3H, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor D. E. SEMENJAK kecil lagi. A. Ghafar Ibrahim telah didedahkan oleh ayahnya kepada alam penulisan. Ayahnya, Ibrahim Khatib Husin merupakan seorang pengembara yang berulang-alik antara Semenyih, Singapura, dan Sumatera. Ibrahim membuat berbagai-bagai pekerjaan oleh neneknya kepada cerita-cerita lipur lara dan hikayat-hikayat zaman dahulu kala yang amat mengasyikkan. Kedua-dua faktor ini membenihkan minat beliau dalam dunia kesusasteraan Melayu. Minat ini dipertajamkan lagi oleh nyanyian-nyanyian puisi daripada kaba-kaba Minangkabau dan terutamanya daripada cerita-cerita Sabai Nan Aluih. Lagu-lagu puisi seperti Rantak Kudo dan isinya terdiri daripada pantun-pantun yang sering
|
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
lulus darjah IV (1940 – 1946) sebelum meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution. Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956). Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Samad sudah mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-pengarang penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah diketemuinya. Sajak dan cerpennya berkecimpung dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan. Kecenderungannya terhadap dunia sastera telah berakar dan berkembang dalam dirinya sejak kecil lagi apabila beliau selalu mendengar cerita-cerita daripada ibunya. Daripada pengakuannya yang merendah diri, Samad berkata : “... kalaulah saya diterima sebagai penulis – saya lahir daripada “Batu Belah batu Bertangkup”. Saya masih tetap |
WINDOWS\Desktop\mastera\badaruddin
Hadiah Hiburan majalah sastera tahun 1963. Novelnya: Pelabuhan Hati (1978), Di Bumi Aku Bersua di Langit Aku Bertemu (1983), dan Bukan Rumahku (1986). Setelah sekian lama “tenggelam”, Titis Basino hadir lagi dalam kancah dunia sastera Indonesia dengan trilogi novel terbarunya Dari Lembah ke Coolibah (1997), Welas Asih Merengkuh Tajali (1997), dan Menyucikan Perselingkuhan (1998). Selain itu beliau juga menghasilkan novel Aku Supiah Istri Hadiah (1998), Tangan Kehidupan (1998), Tersenyum pun Tidak Untukku Lagi (1998), Terjalnya Gunung Baru (1998), dan Aku Kendalikan Air dan Angin (1998). Author: rakanweb GENERATOR: Mozilla/4.01 [en] (WinNT; I) [Netscape]
|
Wan A. Rafar - Dewan Bahasa dan Pustaka
minatnya terhadap kesusasteraan. Sewaktu dalam darjah enam, beliau telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan mengarang sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat jajahan Pasir Mas, Kelantan. Minat membaca ini diteruskan lagi sewaktu di sekolah menengah dengan membaca karya-karya yang lebih dewasa sifatnya dalam Berita Minggu dan Dewan Bahasa. Karya-karya A. Samad Said, Usman Awang, Shahnon Ahmad, Keris Mas, Arena terutama dari Indonesia. Karya-karya Marah Rusli, Abdul Muis, Hamka, S. Takdir Alisjahbana, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat K. Mihardja, Chairil Anwar dan Amir Hamzah telah dibaca sejak awal sekolah menengah lagi. Beliau juga tertarik dengan karya-karya Hemingway dan Steinbeck. Buku kritikan H.B Jassin, Kesusasteraan Indonesia Modern dalam Kritik dan Esei, menjadi rujukan utamanya. Dengan latar belakang tersebutlah bakatnya tumbuh |
Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P
mula dikenal apabila novel pertamanya, Badai Semalam diterbitkan pada tahun 1968 oleh Pustaka Nasional di Singapura. Selepas itu novel-novel Jalan ke Kubur (1969), Pelangi Pagi (1971), Merpati Putih Terbang Lagi (1972), Belum Masanya (1976) dan Di Tengah Kabus (1980) pula terbit. Boleh dikatakan hampir setiap tahun sejak 1968 Khadijah berjaya menerbitkan novel demi novel, suatu usaha kreatif yang sungguh menggalakkan tetap berusaha dan yakin pada diri sendiri. Hasil kegiatannya menulis novel, Khadijah telah berjaya memenangi hadiah sagu hati Peraduan Mengarang Novel Sempena 10 Tahun Merdeka untuk novelnya Merpati Putih Terbang Lagi . Kejayaan yang dicapai oleh Khadijah sebagai seorang penulis dapat diukur daripada jumlah cerpen beliau yang memenangi Hadiah Karya Sastera. Pada tahun 1971, beliau memenangi Hadiah Karya Sastera untuk tiga buah
|
Noordin Hassan - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan tokoh yang Ismail sangat mengambil berat terhadap pendidikan agama. Selepas mendapat tiga orang anak perempuan, Hassan pernah memberitahu isterinya, jika anak yang keempat nanti juga perempuan, dia akan kahwin lagi untuk mendapatkan anak lelaki. Sudah takdir Tuhan, anak yang keempat itu seorang lelaki; itulah kini yang dikenal dengan nama Noordin Hassan, seorang penulis drama yang tidak asing lagi kepada peminat-peminat drama tanah air. Ayah beliau meninggal dunia sewaktu Noordin berusia tiga tahun. Pada akhir tahun 1930-an, Noordin Hassan memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau |
Puzi Hadi - Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemudian Puzi terpilih melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras sehingga tamat tingkatan lima. Puzi lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat ketiga aliran sains. Semasa di sekolah rendah lagi Puzi gemar membaca akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu sambil menggunting dan mengumpul cerita-cerita yang menarik. Kegemaran ini secara tidak langsung mendedahkannya kepada tokoh-tokoh besar sejarah dan sastera hospital yang sama dan sehingga kini bertugas di Jabatan Perubatan Dada di Hospital Alor Setar. Di samping itu, Puzi terus memperlihatkan bakat kepenyairannya. Kunjungannya ke Studio Anak Alam juga meluaskan lagi pengalamannya sebagai penyair. Latiff Mohidin banyak membimbingnya mengenali dunia penulisan puisi. Begitu juga dengan kunjungannya ke Taman Ismail Marzuki (TIM) di Jakarta sempena Pesta Puisi ASEAN 1978 telah memberi peluang
|
Shahnon Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Juwahir, Tutang) LAHIR : 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah Darul Aman. ALAMAT : 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. SHAHNON AHMAD sebagai pengarang tidak payah diperkenalkan lagi dalam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong, atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran. Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul |
Sharif Putera - Dewan Bahasa dan Pustaka
Petai Bubus, Kuala Terengganu, Terengganu. ALAMAT : 5670, Kampung Petai Bubus, Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. SHARIF PUTERA bukanlah suatu nama asing dalam perkembangan kesusasteraan tanah air, lebih-lebih lagi apabila melihat kembali dekad 1960-an dan 1970-an yang menyaksikan kesungguhannya menghasilkan karya. Dalam tempoh tersebut, beliau menerjuni tiga bidang penulisan, iaitu cerpen, drama radio dan rencana. Namun minat Universiti Malaya pada awal tahun 1978, beliau ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin. Pada awal tahun 1983, beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Sekali lagi beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Seri Budiman pada tahun 1988, iaitu dengan jawatan Guru Penolong Kanan. Pada tahun 1993, beliau ditukarkan pula ke Sekolah Menengah Panji Alam dengan jawatan yang
|
Zakaria Ariffin - Dewan Bahasa dan Pustaka
47500, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. ZAKARIA ARIFFIN yang dikenali sebagai penulis skrip, pelakon dan pengarah drama pentas, rupa-rupanya turut memiliki bakat dalam bidang lukisan sewaktu di sekolah rendah lagi. Ketika itu, lukisan-lukisannya sering terpilih untuk ditampal di dinding bilik darjah. Sewaktu dalam tingkatan empat, beliau diberi kepercayaan oleh guru lukisannya untuk membuat demonstrasi melukis di hadapan pelajar tingkatan Zaman Gerhana (1986). Zakaria yang aktif dalam kegiatan teater bersama-sama Badan Budaya DBP, bukan sekadar berlakon, malah turut mengarah beberapa buah drama. Selain drama tersebut, beliau menghasilkan empat buah lagi drama kanak-kanak/remaja, iaitu “Si Tanggang Anak Derhaka” (1983), “Putera Si Amang” (1978), “Kembara Raja Gondang” (1978) dan Pemburu Pelangi (1998). Keempat-empat buah skrip drama ini belum pernah |
|
Puisi |
---|
|
Lagi ditutuh lagi ditebang, Dibuat mari ampaian kain; Tempat jatuh lagi terkenang, Kononkan pula tempat bermain.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 43 A bird in the hand is worth two in the bush Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula. Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil y Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|