Harun bin Haji Salleh - Dewan Bahasa dan Pustaka
di jiwanya sejak berusia belasan tahun. Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan telah merantau dan akhirnya mengambil keputusan menetap di Sabah. Di negeri inilah, Harun mula mengasah bakat yang ada dengan menulis skrip drama radio, cerpen dan novel. Harun menerima pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di kampungnya. Tamat persekolahan, Harun menjadi guru sementara sebelum mengikuti kursus di Maktab Pertanian Serdang (kini Universiti Putra Malaysia). Pada tahun 1950, dengan diploma yang dimiliki dari maktab tersebut dan berbekalkan wang sebanyak RM40, Harun pergi ke Sabah. Di negeri ini, Harun memulakan hidup baru dengan bertugas di Jabatan Pertanian Kota Belud. Kemudian
|
Hamdam - Dewan Bahasa dan Pustaka
V, Hamdam telah dihantar oleh keluarganya melanjutkan pelajaran agama di Makkah selama empat tahun. Pada tahun 1926, ibu bapanya datang mengunjungi beliau dan kunjungan itu merupakan pertemuan terakhir antara bapa dengan anak. Bapanya meninggal dunia dan Hamdam terpaksa menamatkan pengajiannya dan menemani ibunya pulang ke Tanah Melayu. Sekembalinya ke tanah air, Hamdam melakukan berbagai-bagai pekerjaan, termasuklah menjalankan perniagaan sendiri. Beliau dan berita dalam akhbar Saudara yang terbit di Pulau Pinang dan pada tahun 1936, beliau mula berkhidmat sebagai penulis khas akhbar Warta Malaya di Kuala Lumpur. Selepas itu Hamdam bekerja dengan Utusan Melayu sehingga tentera Jepun menyerang Tanah Melayu. Dalam zaman pendudukan Jepun, beliau bekerja dengan akhbar Perubahan Baharu yang terbit selepas berkuburnya akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Selepas Perang Dunia |
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
Melaka. ALAMAT : 10, Jalan 15/5C, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. A. SAMAD SAID, seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera. Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sumbangan A. Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya. Semasa berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan beliau mendapat pendidikan asas dan menengahnya di sana. A. Samad Said belajar di Sekolah Melayu Kota Raja
|
Badaruddin M.Z. - Dewan Bahasa dan Pustaka
Fajar Satu, Taman Fajar, Km. 7, Jalan Bakri, 84200 Muar, Johor Darul Takzim. ANAK yang dibesarkan di sebuah kampung pedalaman di kawasan Pahang Barat ini mengisi hari-hari yang dilaluinya dengan menghafal segala bentuk serta liku sungai dan menghormati perjuangan petani di daerah kelahirannya. Kehijauan hutan yang lengkap dengan sungai kecil dan besar, sawah, lembah, bukit dan gua memberikan nafas kepada karya kreatif yang dihasilkannya sejak penghujung tahun 1960-an. Sejak kecil Badaruddin mengutip sumber penulisannya daripada lingkungan kehidupan |
Dharmala N.S. - Dewan Bahasa dan Pustaka
terlalu lemah dalam karangan. Tetapi guru Matematiknya, Cikgu Shaharuddin Ishak menaruh harapan tinggi kepadanya kerana Dharmala N.S. baik dalam pelajaran Matematik dan Sains. Budak lelaki yang dulunya begitu asing dengan sastera, akhirnya memilih sastera dan penulisan sebagai sebahagian daripada nadi hidupnya. Dharmala N.S. menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Triang dari tahun 1953 hingga 1958. Beliau meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Melayu Seremban dari tahun 1959 hingga tamat tingkatan tiga pada tahun 1961. Dengan belajar sendiri, Dharmala lulus Sijil Pelajaran Malaysia (1973) dan Sijil Tinggi Persekolahan (1976). Berbekalkan kelulusan ini, Dharmala N.S. mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia bagi sesi 1976
|
Jamdin B - Dewan Bahasa dan Pustaka
ALAMAT : Kampung Kepayan II, Jalan Masjid Jame, Putatan, Penampang, Sabah. JAMDIN B mendapat pendidikan awalnya di Government Primary School Buit Hill, Putatan (1952 – 1959). Sambil bersekolah, beliau menolong ibu bapanya dengan menjual kuih di sekolah, berniaga di warung, bersawah padi dan menangkap ikan di laut dan di paya. Pada sebelah malam, beliau belajar agama dengan bimbingan Imam di kampungnya. Di sekolah, Jamdin aktif sebagai Kapten dalam Pasukan Pengakap. Sepanjang persekolahannya, beliau sering mendapat tempat pertama atau kedua dalam setiap peperiksaan di peringkat sekolah rendah dan |
Dharmawijaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1952. Dalam tahun 1953, beliau terpilih menjadi guru pelatih di sekolah rendah Melayu. Kemudian beliau terpilih mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim (1954 – 1956). Dengan belajar sendiri, Dharmawijaya lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan beberapa tahun kemudian lulus Sijil Tinggi Persekolahan. Mulai tahun 1973, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya hingga tahun 1976 dan memperoleh ijazah untuk memberi kursus kepada guru-guru Pusat Latihan Daerah dalam mata pelajaran kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972 pula, Dharmawijaya dipinjamkan oleh Kementerian Pelajaran untuk berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pembantu sastera. Sebelum memasuki Universiti Malaya pada bulan Jun 1973, Dharmawijaya telah mengajar di Kolej Tunku Kursiah Seremban. Sesudah tamat pengajian di universiti, beliau mengajar
|
Jamaluddin D - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan karangannya sering mendapat pujian guru. Ini mendorong beliau membaca buku-buku cerita dan secara tidak langsung bercambahlah minatnya terhadap penulisan. Minat ini dipupuk dan akhirnya lahirlah beberapa buah puisi dengan alam semula jadi dan suasana persekitaran tercerna dalam ciptaannya. Jamaluddin D mula mendapat pendidikan awal di kampung kelahirannya, iaitu di Sekolah Melayu Keladi dari tahun 1953 hingga 1958. Kemudian, pada menamatkan persekolahan menengahnya di Sekolah Sultan Badlishah, Kulim hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1965. Setelah tamat persekolahan, Jamaludin D pergi ke Alor Setar dan belajar hal-hal kewartawanan dengan bapa saudaranya, sambil menjadi pemberita kadet untuk akhbar Utusan Melayu dan Warta Negara. Dengan pengalaman ini, beliau dipanggil bertugas dengan kedua-dua buah akhbar tersebut di Pulau Pinang. Di sini |
Sabda S - Dewan Bahasa dan Pustaka
di pasar malam. Tempat tinggal dan pekerjaannya ini dilakukan secara sulit tanpa pengetahuan keluarga. Setahun kemudian, tidak disangka-sangka pada suatu pagi, ayah dan datuknya terpacul di hadapan rumah sewanya dengan maksud membawa beliau kembali ke kampung. Sabda akur dengan nasihat agar bersekolah semula dan kali ini memilih Sekolah Arab Al-Attas, Johor Bahru sebagai tempat untuk memenuhi kemahuan keluarganya. Baru dua tahun menuntut di sekolah ini, iaitu pada tahun
|
Ismail Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
Terengganu, Terengganu. ALAMAT: 28 Lintang Pekaka 5, Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. DALAM perkembangan puisi Melayu moden Malaysia, nama Ismail Abdullah tidak dapat diketepikan begitu sahaja kerana kehadirannya jelas dengan usaha-usaha eksperimen yang menggabungkan aspek-aspek visual, grafik, digital, metafora, simbol dan koda. Usaha-usaha ini menjadikan karya-karya puisinya berbentuk semiotik, signal dan visual. Ismail Abdullah dilahirkan di pentadbiran dan perancangan akademik. Beliau ialah Ahli Senat Universiti serta menduduki pelbagai jawatankuasa di USM. Di samping itu, beliau juga banyak menyampaikan kertas kerja serta menghadiri pelbagai seminar yang berkaitan dengan seni dan budaya sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Pada masa sekarang, beliau merupakan salah seorang Ahli Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Ismail mula menghasilkan puisi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan |
|
Puisi |
---|
|
Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 20 A barking dog never bites Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Lembu sondol, lembu dongkol "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Lembu sondol, lembu dongkol ," jawab Ali dengan tenang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|