KANDUNGAN
ayat (a) adalah paling tepat kerana kata mengajar seharusnya diikuti objek hidup (manusia). Jadi, ayat (b) mengikut makna 1. dan 2. akan memberikan makna Cikgu Marhan mendidik atau melatih Sejarah, sedangkan Sejarah bukannya manusia (yang boleh dididik). 5. (a) Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat. (b) Ibu menghidangi rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat. Antara ayat (a tetapi maknanya berbeza. “Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat mahal” bermakna: (a) Rumah di lereng bukit itu amat cantik. (b) Rumah di lereng bukit itu amat mahal. Sedangkan ayat “Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan mahal” bermakna: (c) Rumah di lereng bukit itu amat cantik. (d) Rumah di lereng bukit itu mahal. Hal ini bermakna rumah
|
|
Puisi |
---|
|
Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 474 The pot calling the kettle black Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu. Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!'' Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!'' Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|