ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
advocacy | tunjangan | ESG | Usaha awam yang bertujuan untuk menggalakkan perubahan dasar, amalan atau undang-undang. |
due diligence | ketekunan wajar | ESG | Usaha untuk mengenal pasti risiko dan menilai kesan negatif sesuatu aktiviti perniagaan. |
climate diplomacy | diplomasi iklim | ESG | Usaha diplomatik untuk menangani dan mengurus cabaran akibat perubahan iklim melalui rundingan dan kerjasama antarabangsa demi mewujudkan penyelesaian mampan dan mencapai kesepakatan dalam menghadapi isu perubahan iklim. |
biodiversity offset | imbangan biodiversiti | ESG | Usaha untuk mengimbangi semula kehilangan biodiversiti disebabkan oleh pembangunan. |
social impact management | pengurusan impak sosial | ESG | Usaha untuk mengoptimumkan kesan positif dan meminimumkan kesan negatif berdasarkan hasil penilaian impak sosial. |
Climate Neutral Now Initiative | (Inisiatif Neutral Karbon Tanpa Lengah) | ESG | Usaha Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf sesebuah organisasi yang menjalankan tindakan segera untuk mengimbangi pelepasan karbon. |
abatement cost | kos pembasmian | ESG | Perbelanjaan yang diperlukan untuk membiayai usaha pengurangan pelepasan gas rumah hijau. |
United Nations Global Compact | Pakatan Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | ESG | Usaha sama secara sukarela pihak swasta untuk melaksanakan prinsip kemampanan sejagat sejajar dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |
Science-Based Targets initiative (SBTi) | Inisiatif Sasaran berasaskan Sains (SBTi) | ESG | Usaha sama antara organisasi dengan menggunakan sains sebagai asas untuk menetapkan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau. |
Human Rights Due Diligence (HRDD) | Ketekunan Wajar Hak Asasi Manusia (HRDD) | ESG | Usaha untuk mengenal pasti risiko dan menilai potensi kesan negatif pelbagai aktiviti terhadap hak asasi manusia. |