ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
value chain emission | pelepasan rantaian nilai | ESG | Jumlah pelepasan secara langsung dan tidak langsung sepanjang kitaran hayat produk atau perkhidmatan, yang terhasil daripada pembuatan, pengangkutan, penggunaan dan pelupusan. |
indirect discrimination | diskriminasi tidak langsung | ESG | Tindakan membeza layan terhadap individu atau kumpulan secara tidak nyata berdasarkan ciri terlindung mereka. Banding direct discrimination. |
climate-related risk | risiko berkait iklim | ESG | Potensi risiko ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
climate-related opportunity | peluang berkait iklim | ESG | Potensi peluang ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung kesan daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
stakeholder | pemegang kepentingan | ESG | Individu atau sekumpulan individu seperti pelabur, pekerja, pelanggan, kerajaan termasuklah komuniti setempat dan global yang secara langsung atau tidak langsung mempunyai kepentingan terhadap sesebuah organisasi. |
|
Puisi |
---|
|
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 242 A little is better than non Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung. Asal ada kecil pun pada We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but a little is better than non . Yesterday, we didn't have any food at all. Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|