ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
Corporate Sustainability Reporting Directive (CSRD | Perintah Pelaporan Kemampanan Korporat (CSRD) | ESG | Peraturan yang diwajibkan oleh Kesatuan Eropah terhadap syarikat berskala besar dan syarikat tersenarai untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang aktiviti alam sekitar, sosial dan tadbir urus. |
Taskforce on Nature-Related Financial Disclosures | Pasukan Petugas Penyataan Kewangan Libat Alam (TNFD) | ESG | Pasukan petugas daripada institusi kewangan dan syarikat yang dibentuk untuk membangunkan rangka kerja bagi membimbing institusi kewangan dan syarikat dalam melaporkan risiko dan peluang libat alam. |
greenshifting | kalih hijau | ESG | Taktik halus oleh syarikat perniagaan dengan mengalihkan tanggungjawab melestarikan alam sekitar kepada pengguna untuk mengelak daripada dipersalahkan. |
carbon leakage | ketirisan karbon | ESG | Situasi pemindahan operasi syarikat kesatuan eropah ke negara yang polisi iklimnya lebih longgar. |
positive screening | saringan mampan | ESG | Proses menyaring dan menilai syarikat yang menepati kriteria tertentu berkaitan dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk tujuan perniagaan. |
materiality assessment | penilaian kematanan | ESG | Kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk mengenal pasti isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
green premium | premium hijau | ESG | Nilai tambah bagi pengguna atau syarikat yang memilih produk atau perkhidmatan yang mesra alam dan mampan berbanding konvensional. |
ESG disclosure framework | kerangka penyataan ESG | ESG | Garis panduan untuk syarikat menghebahkan maklumat berkaitan dengan prestasi alam sekitar, sosial, dan tadbir urus secara berkala dan boleh banding. |
triple bottom line | garis dasar tigaan | ESG | Konsep perniagaan yang menyatakan syarikat perlu komited untuk mengukur impak sosial, alam sekitar dan prestasi kewangan. |
greenhouse gas protocol | protokol gas rumah hijau | ESG | Tatacara piawai untuk syarikat dan kerajaan mengukur dan mengurus pelepasan gas rumah hijau. |