ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
thematic investing | pelaburan bertema | ESG | Strategi pelaburan masa hadapan berdasarkan penyelidikan dalam bidang makroekonomi, geopolitik dan teknologi yang dijangka berkembang. Pelaburan ini mementingkan aspek kemampanan seperti teknologi bersih, pertanian mampan, penjagaan kesihatan atau mitigasi perubahan iklim. |
sustainable investing | pelaburan mampan | ESG | Strategi pelaburan yang mementingkan impak positif terhadap sosial dan alam sekitar. Sinonim green investing. |
impact investing | pelaburan impak | ESG | Strategi pelaburan untuk menjana manfaat sosial dan alam sekitar yang boleh diukur di samping mendapatkan pulangan kewangan. |
socially responsible investment (SRI) | pelaburan sosial beretika (SRI) | ESG | Strategi pelaburan untuk menghasilkan kesan positif terhadap sosial dan alam sekitar. |
whole-of-society approach | pendekatan segenap masyarakat | ESG | Pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua pihak berkepentingan seperti kerajaan, perniagaan, masyarakat dan individu dalam merancang dan melaksanakan strategi untuk menangani cabaran alam sekitar dan sosial serta memastikan tadbir urus yang baik. |
|
|