ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
United Nations Global Compact | Pakatan Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | ESG | Usaha sama secara sukarela pihak swasta untuk melaksanakan prinsip kemampanan sejagat sejajar dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |
Science-Based Targets initiative (SBTi) | Inisiatif Sasaran berasaskan Sains (SBTi) | ESG | Usaha sama antara organisasi dengan menggunakan sains sebagai asas untuk menetapkan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau. |
inequality | ketaksamarataan | ESG | Pembahagian sumber, peluang atau keistimewaan antara individu atau kumpulan yang tidak sama rata dalam sesebuah masyarakat. |
depleted fields | medan tersusut | ESG | Takungan minyak dan gas yang telah kehabisan sumber hidrokarbon sama ada sebahagian atau sepenuhnya. |
cogeneration | janaan bersama | ESG | Penghasilan elektrik dan stim secara serentak daripada sumber pembakaran yang sama untuk meningkatkan kecekapan tenaga. |
pay equity | kesaksamaan upah | ESG | Prinsip pemberian gaji yang setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama tanpa mengira faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Banding pay inequity. |
climate-related risk | risiko berkait iklim | ESG | Potensi risiko ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
climate-related opportunity | peluang berkait iklim | ESG | Potensi peluang ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung kesan daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
pay inequity | ketaksaksamaan upah | ESG | Keadaan pemberian upah yang tidak setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama disebabkan oleh faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Sinonim pay disparity, pay gap. Banding pay equity. |
United Nations Environment Programme Finance Initi | Inisiatif Kewangan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEPFI) | ESG | Usaha sama antara Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan sektor kewangan global untuk menggerakkan sektor kewangan swasta bagi pembangunan mampan. |