ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
carbon sequestration | pensekuesteran karbon | ESG | Proses memerangkap karbon dari udara melalui proses biologi, kimia dan fizik untuk mengurangkan gas rumah hijau. Contohnya, proses memerangkap karbon dioksida dari proses industri, pembakaran bahan api atau secara langsung dari atmosfera. |
carbon capture and storage (CCS) | penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) | ESG | Proses menangkap dan menyimpan karbon dioksida yang dilepaskan daripada sesuatu sumber atau proses seperti loji janakuasa. |
bioenergy with carbon capture and storage (BECCS) | penangkapan dan penyimpanan karbon biotenaga (BECCS) | ESG | Proses menangkap dan menyimpan karbon dioksida yang dihasilkan daripada proses biotenaga. |
carbon capture, utilisation and storage (CCUS) | penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) | ESG | Proses menangkap dan menyimpan karbon dioksida yang dilepaskan daripada sesuatu sumber atau proses seperti loji janakuasa untuk digunakan semula bagi pelbagai tujuan termasuk untuk penyimpanan jangka panjang. |
liquefaction | pencecairan | ESG | Proses menukarkan bentuk gas asli kepada cecair. |
electrification | elektrifikasi | ESG | Proses peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada tenaga elektrik untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. |
deforestation | penyahhutanan | ESG | Proses menukarkan hutan kepada kegunaan tanah yang lain disebabkan oleh aktiviti manusia. |
decarbonisation | penyahkarbonan | ESG | Proses mengurangkan pelepasan karbon oleh individu, entiti atau negara untuk mencapai matlamat rendah karbon. |
attestation | pengakusaksian | ESG | Proses pengesahan dengan bukti untuk mengukuhkan keaslian, integriti atau pematuhan kepada maklumat atau produk. |
greenlabeling | pelabelan hijau | ESG | Proses melabelkan produk selaras dengan piawaian pihak berwajib untuk memenuhi kriteria alam sekitar yang khusus. |