ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
deforestation | penyahhutanan | ESG | Proses menukarkan hutan kepada kegunaan tanah yang lain disebabkan oleh aktiviti manusia. |
voluntary resettlement | penempatan semula sukarela | ESG | Perpindahan semula individu atau komuniti ke tempat yang lain secara sukarela. |
involuntary resettlement | penempatan semula bukan sukarela | ESG | Perpindahan semula individu atau komuniti ke tempat yang lain secara paksa. |
pay equity | kesaksamaan upah | ESG | Prinsip pemberian gaji yang setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama tanpa mengira faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Banding pay inequity. |
biorefinery | loji biopenapis | ESG | Kilang pemprosesan biojisim untuk menghasilkan bahan api yang boleh diperbaharui, bahan kimia dan produk sampingan yang lain. |
pay inequity | ketaksaksamaan upah | ESG | Keadaan pemberian upah yang tidak setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama disebabkan oleh faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Sinonim pay disparity, pay gap. Banding pay equity. |
protected characteristic | ciri terlindung | ESG | Ciri peribadi yang tidak boleh dijadikan faktor membeza layan terhadap individu atau kumpulan dengan individu atau kumpulan yang lain. |
non-replicable cultural heritage | warisan budaya tak boleh sulih | ESG | Warisan budaya yang ketara dan tidak ketara yang tidak boleh dipindahkan ke lokasi lain atau tidak boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding replicable cultural heritage. |
replicable cultural heritage | warisan budaya boleh sulih | ESG | Warisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage. |
marginalised community | komuniti terpinggir | ESG | Sekumpulan manusia yang tersisih daripada arus perdana menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan peluang dan sumber yang sama seperti masyarakat lain. |