ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
specialty chemicals | bahan kimia khusus | ESG | Bahan kimia tunggal atau campuran yang direka khas untuk penggunaan atau aplikasi tertentu. |
chance find procedure | tatacara jumpaan tak sengaja | ESG | Prosedur khusus yang perlu diikuti sekiranya sebarang objek warisan budaya ditemui tanpa dijangka semasa aktiviti atau projek dijalankan. |
green bond | bon hijau | ESG | Instrumen pendapatan tetap yang diperuntukkan khusus untuk membiayai projek pelestarian iklim dan alam sekitar. |
greenlabeling | pelabelan hijau | ESG | Proses melabelkan produk selaras dengan piawaian pihak berwajib untuk memenuhi kriteria alam sekitar yang khusus. |
Sustainability Accounting Standards Board (SASB) | Lembaga Piawaian Perakaunan Kemampanan (SASB) | ESG | Organisasi bebas dan bukan berasaskan keuntungan yang menentukan piawaian industri khusus untuk membantu sesebuah perniagaan menyatakan maklumat kemampanan yang matan dari segi kewangan dan berguna untuk pelabur membuat keputusan. |
|
|