ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
non-replicable cultural heritage | warisan budaya tak boleh sulih | ESG | Warisan budaya yang ketara dan tidak ketara yang tidak boleh dipindahkan ke lokasi lain atau tidak boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding replicable cultural heritage. |
tangible cultural heritage | warisan budaya ketara | ESG | Warisan budaya berbentuk fizikal seperti binaan, produk atau hasil kreativiti manusia yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
intangible cultural heritage | warisan budaya tak ketara | ESG | Warisan budaya berbentuk abstrak seperti bahasa, sistem kepercayaan dan tradisi yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
impact materiality | kematanan impak | ESG | Kesan ketara terhadap alam sekitar dan sosial yang berpunca daripada aktiviti sesebuah organisasi dan pelaporannya penting kepada syarikat dan pemegang kepentingan. |
financial materiality | kematanan kewangan | ESG | Kesan ketara terhadap kewangan dan prestasi pengoperasian organisasi yang berpunca daripada faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus dan pelaporannya penting kepada syarikat dan pemegang kepentingan. |
sustainablility report | laporan kemampanan | ESG | Laporan berkaitan dengan impak paling ketara terhadap ekonomi, alam sekitar dan/atau sosial yang disebabkan oleh aktiviti organisasi dan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan mampan, serta dihebahkan secara terbuka. |
sustainability reporting | pelaporan kemampanan | ESG | Penyediaan laporan berkaitan dengan impak paling ketara terhadap ekonomi, alam sekitar dan/atau sosial yang disebabkan oleh aktiviti organisasi dan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan mampan, serta dihebahkan secara terbuka. |
|
Puisi |
---|
|
Pandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang.
Lihat selanjutnya... |
|