ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
natural capital | modal sumber asli | ESG | Stok sumber dari alam sekitar dan ekosistem yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan penting seperti air bersih, kitaran nutrien dan sumber genetik. |
replicable cultural heritage | warisan budaya boleh sulih | ESG | Warisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage. |
non-replicable cultural heritage | warisan budaya tak boleh sulih | ESG | Warisan budaya yang ketara dan tidak ketara yang tidak boleh dipindahkan ke lokasi lain atau tidak boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding replicable cultural heritage. |
variable renewable energy (VRE) | tenaga boleh diperbaharui tak tetap (VRE) | ESG | Sumber tenaga boleh diperbaharui yang terhad mengikut fenomena semula jadi seperti tenaga suria dan tenaga angin. |
Renewable Energy Certificates (RECs) | Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (RECs) | ESG | Dokumen pengesahan yang menyatakan sesuatu organisasi atau syarikat telah menjana tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui. |
green information technology | teknologi maklumat mesra alam | ESG | Teknologi maklumat yang mengurangkan kesan alam sekitar, seperti perkakasan dan pusat data cekap tenaga, peranti yang boleh dikitar semula dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. |
sustainable energy | tenaga mampan | ESG | Tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui. |
protected characteristic | ciri terlindung | ESG | Ciri peribadi yang tidak boleh dijadikan faktor membeza layan terhadap individu atau kumpulan dengan individu atau kumpulan yang lain. |
carbon credit | kredit karbon | ESG | Sijil pengurangan pelepasan jumlah karbon yang boleh diniagakan. |
hydrogenated vegetable oil (HVO) | minyak tumbuhan berhidrogen (HVO) | ESG | Bahan api diesel boleh diperbaharui yang dihasilkan daripada minyak sayuran melalui tindak balas pemprosesan hidro. |