Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
Gutenberg Project | Projek Gutenberg | Arkib internet yang mengandungi lebih 60,000 buku tanpa hak cipta disimpan sebagai teks yang boleh dibaca oleh mesin. Arkib ini boleh diakses di http://www.gutenberg.org. Bilangan buku dalam arkib ditambah dari semasa ke semasa. |
enclitic | enklitik | Unsur kata yang tidak boleh berdiri sendiri dan perlu bergabung dengan kata yang mendahuluinya -ku, -mu, -nya dalam rumahku, jiranmu dan kasutnya. Banding proclitic. |
proclitic | klitik awalan/proklitik | Unsur yang tidak boleh berdiri sendiri dan perlu bergabung dengan kata yang mengikutinya seperti ku-, kau- dalam kutulis dan kauberi. Banding enclitic. |
item | item | Perkataan yang diteliti dalam carian korpus. Item boleh terdiri daripada perkataan tunggal, contohnya 'main', atau dalam bentuk terbitan seperti bermain, atau frasa yang terdiri daripada beberapa perkataan seperti bermain bola. |
content words | kata isi | Perkataan yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri dalam ayat. Kata isi ini terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata isi dikenali juga sebagai kata leksikal. |
Framenet | Framenet | Projek pembinaan pangkalan data leksikal bahasa Inggeris yang boleh dibaca mesin dengan anotasi maksud dan semantik. |
language engineering | kejuruteraan bahasa | Bidang pengkomputeran yang menggunakan peranti seperti kamus boleh dibaca mesin dan penghurai ayat dalam pemprosesan bahasa tabii untuk membangunkan aplikasi sintesis pertuturan, pengecaman pertuturan, penterjemahan mesin dan sebagainya. |
rank ordering | tertib pangkat | 1. Urutan bagi maklumat kekerapan dalam senarai perkataan yang boleh disusun mengikut susunan perkataan yang paling kerap sehingga yang paling rendah bilangannya. 2. Teknik yang digunakan dalam beberapa ujian statistik bukan parametrik, contohnya ujian Wi |
on-line corpus | korpus dalam talian | Himpunan data bahasa lisan atau tulisan yang boleh dicapai secara dalam talian dan dimuat turun bagi penelitian dan analisis menggunakan perisian korpus. |
Malaysian Hansard Corpus | Korpus Hansard Malaysia | Korpus khusus yang mengandungi Laporan Parlimen Malaysia dan boleh diakses secara digital mengikut Sidang Parlimen. |