Kata |
Takrif |
Sumber |
seseekor | seekor drp sekumpulan binatang, tetapi tidak khusus kpd binatang yg mana | Kamus Dewan Perdana |
embel | kawasan tanah yg permukaannya kelihatan agak kering tetapi sebenarnya lembut dan boleh menyebabkan kaki terbenam sekiranya dipijak kuat | Kamus Dewan Perdana |
ekasikal | alat yg berfungsi spt basikal tetapi mempunyai satu roda sahaja, biasanya digunakan utk beriadah, pertunjukan akrobatik, sarkas dll | Kamus Dewan Perdana |
etnik | kumpulan orang yg mempunyai budaya, tradisi dan identiti yg sama tetapi wujud sbg subkumpulan kpd kumpulan yg lebih besar dlm sesebuah masyarakat | Kamus Dewan Perdana |
epizoit | haiwan atau tumbuhan yg melekap pd badan haiwan lain tetapi tidak mendapat makanan drp haiwan yg ditumpanginya | Kamus Dewan Perdana |
epifit | tumbuhan yg hidup dgn menumpang pd tumbuhan atau objek lain spt dinding atau batu, tetapi tidak mendapat makanan drp tumbuhan atau objek tsb, mis anggerik, paku pakis dan lumut | Kamus Dewan Perdana |
El Salvador | negara republik di Amerika Tengah, berhampiran pesisir Lautan Pasifik, yg pantainya bertanah rendah tetapi berpenara di bahagian tengahnya. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1841, dan menjadi republik pd tahun 1856 | Kamus Dewan Perdana |
engkau | kata ganti nama diri kedua yg biasanya digunakan sewaktu berdoa kpd Tuhan atau digunakan dlm situasi tidak formal oleh orang yg lebih tua kpd yg lebih muda atau yg sebaya tetapi agak kasar jika digunakan kpd orang yg perlu dihormati | Kamus Dewan Perdana |
enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
|
Puisi |
---|
|
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.
Lihat selanjutnya... |
|