Kata |
Takrif |
Sumber |
ekolancong | pelancongan yg berasaskan alam semula jadi spt hutan tropika, pantai atau pulau dgn tujuan utk menikmati keindahan serta memulihara alam semula jadi | Kamus Dewan Perdana |
Ecuador | negara republik yg terletak di Amerika Selatan, tanahnya meliputi dataran pantai Lautan Pasifik dan dipisahkan oleh banjaran dan penara pergunungan Andes yg terdiri drp hutan lembah Amazon. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1822 dan menjadi republik pd tahun 1830 | Kamus Dewan Perdana |
ekopelancongan | pelancongan yg berasaskan alam semula jadi spt hutan tropika, pantai atau pulau, dgn tujuan utk menikmati keindahan serta memulihara alam semula jadi | Kamus Dewan Perdana |
etak | haiwan moluska yg mempunyai dua cangkerang yg berbentuk separuh bulat dan bersaiz kecil, isinya boleh dimakan dan banyak terdapat di kawasan air tawar di Pantai Timur | Kamus Dewan Perdana |
empirang kasai | ikan laut bersaiz kecil, badannya berwarna perak kekuningan, terdapat ruji pertama pd sirip sisi yg panjang, tinggal di pesisir pantai dan muara sungai, dan menjadi makanan ikan lain | Kamus Dewan Perdana |
empelas | pokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan tali | Kamus Dewan Perdana |
Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
empenai | pokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasir | Kamus Dewan Perdana |
|
Puisi |
---|
|
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Lihat selanjutnya... |
|