Pantun |
Sumber |
Tema |
Awan petang warna lembayung, Hari senja tampak berseri; Pesan abang sudah kujunjung, Tapi mengapa merajuk pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan warna merah, Mari dibungkus dengan bunga; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati badan merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain-kain basah, Semua warna merah; Hidup tambah susah, Anak penagih dadah. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Alangkah elok bunga melati, Warna putih sangat menawan; Memang elok sama sehati, Ke mana pergi seiring jalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Alangkah elok buah delima, Warna merah rupa berseri; Memanglah elok tuah bersama, Sama dirasa laba dan rugi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Warna hijau menjadi kuning; Buruk negeri lupakan adat, Ke sana risau ke mari runsing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tuan umpama kain pelikat, Indahnya warna berseri-seri; Tuan sungguh pandai mengikat, Hingga tak dapat saya berdiri. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bukan pita sebarang pita, Pita bercorak warna pelangi; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku tidak berbelah bagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila mencelup kain pelekat, Kurang rata warna ditambah; Bila hidup mempermainkan adat, Orang menista saudara menyumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| warna (kata nama) | 1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,
2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,
| Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan, |
|
Puisi |
---|
|
Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api.
Lihat selanjutnya... |
|