Pantun |
Sumber |
Tema |
Tuan umpama kain pelikat, Indahnya warna berseri-seri; Tuan sungguh pandai mengikat, Hingga tak dapat saya berdiri. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Jurang bukit umpama kawah, Bila jatuh meratap hiba; 14 hari berlalu sudah, Penyelamat merendah hutan rimba. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Umpama ikan baru berenang, Pergi ke tasik makan lundi; Umpama bulan baru mengambang, Wajahmu cantik menawan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang mengail di Kuala Bentan, Umpama dilumur dengan lumut; Menggunting dalam lipatan, Itulah musuh dalam selimut. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Nanas paun tidak berduri, Manisnya mari umpama gula; Panas setahun hujan sehari, Perigi kering dalam semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Inderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cendawan tumbuh dinihari, Perigi berpagar batang buluh; Tuan umpama payung negeri, Tempat kami menumpang teduh. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sayang Temasik pulau pusaka, Singapura jadi gantinya; Tuan umpama intan permata, Emas yang baik tempat duduknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kuda hitam sila hitam, Pakai anak Inderagiri; Tuan umpama intan manikam, Cahaya melimpah dalam negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
Tesaurus |
---|
| umpama (kata tugas) | Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;, | | Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan, |
|
Puisi |
---|
|
Nanas paun tidak berduri, Manisnya mari umpama gula; Panas setahun hujan sehari, Perigi kering dalam semula.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 215 When all fruit fails, welcome haws Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|