Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Banyak telur Si Raja Lutung, Dibawa budak dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Beras jati beras asli, Sedap dimakan diwaktu pagi; Keras hati tidak peduli, Untung tidak bertambah rugi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Banyak orang mencari kalung, Tidak peduli bulannya terang; Banyak orang mencari untung, Tidak peduli merugikan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Singgah membeli kuih tabaloi, Goreng pisang goreng sotong, Penat berkerja tidak berbaloi, Kerja tidak mendatang untung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Bermasak nasi santan bergantung, Ambil puntung dari seberang; Tarik rebab mengenangkan untung, Untungku tidak seperti orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ujung tiang diikat besi, Supaya tidak dimakan rayap; Untung malang menjadi laki, Telinga pekak badan berkurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Puisi |
---|
|
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 396 Misfortunes never come singly Malang sering kali datang bertimpa-timpa Untung melambung, malang menimpa. It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. Kata orang, Untung melambung, malang menimpa. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|