Pantun |
Sumber |
Tema |
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut kelapa tidak tenggelam; Takut bukan sebarang takut, Takut kerana merangkak malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Banyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Sekali pergi ke laut, Tidak ribut layar bergoyang; Sekali hati ini terpaut, Tidak takut nyawa melayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kita tidak bersuluh, Jangan takut berjalan malam; Kalau kita tidak bermusuh, Jangan takut makan setalam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kita tidak bergalah, Jangan takut membentang kajang; Kalau kita tidak bersalah, Jangan takut ditentang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kami tidak tidur ke Binjau, Kami takut tidur terlena; Kami tidak main terjujai, Kami takut badan terkena. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Andainya gelap tidak berlampu, Tentulah takut membawa peti; Andainya hidup tidak berilmu, Tentulah perut tiada berisi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.
Lihat selanjutnya... |
|