Pantun |
Sumber |
Tema |
Tanam sirih dalam telaga, Pisang rastali atas raga; Sekalian waris tidak suka, Baik kita berwalikan raja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna membeli kain, Bila tidak ada selendang; Apa guna berjanji kahwin, Bila tidak suka meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi pungguk Kuala Petang, Pungguk tidak terbang tinggi; Jangan tunduk abang datang, Abang tidak suka begini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengapa gendang berbunyi lembab, Kerana kulitnya tidak dijemur; Mengapa orang suka menyelap, Kerana hatinya tidak bersyukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tabiat Melayu suka berkawan, Supaya hidup tidak berseteru; Sepakat Melayu seiring jalan, Selama hidup tidakkan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu suka mengalah, Supaya hidup tidak bergaduh; Sepakat Melayu membawa berakah, Selama hidup nampak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang bebal suka merengus, Dia bercakap tidak berfaedah; Belum pandai membuang hingus, Sudah hendak bertikam lidah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Tinggi pungguk Kuala Petang, Pungguk tidak terbang tinggi; Jangan tunduk abang datang, Abang tidak suka begini.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 622 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|