Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa guna mencacak rumah, Bila tidak ada bertiang; Apa guna awak singgah, Bila tidak disapa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Singgah membeli kuih tabaloi, Goreng pisang goreng sotong, Penat berkerja tidak berbaloi, Kerja tidak mendatang untung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Singgah sebentar di Tanjung Puteri, Sri Aman ke Kuala Baram, Tidak menyesal di belakang hari, Hidup aman lagi tenteram. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Dari Jeddah sampai ke Madinah, Singgah sebentar menjamu selera; Inilah padah tidak amanah, Kerana rasuah masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Encik hendak pergi ke Deli, Singgah di pantai ikan disuluh; Jika tidak dalam diri, Orang pandai menjadi bodoh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cik Hassan mudik ke Bentong, Singgah memetik buah putat; Nasib badan tidak beruntung, Ikan digulai habis melompat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dari Bintulu pergi ke Miri, Singgah bermalam di Kuala Baram; Di hati rindu tidak terperti, Rindu dendam siang dan malam. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Buat bekal mudik ke hulu, Singgah sebentar di Tanjung Puteri; Belum buat fikir dahulu, Tidak menyesal di belakang hari. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Encik hendak pergi ke Deli, Singgah di pantai ikan disuluh; Jika tidak dalam diri, Orang pandai menjadi bodoh.
Lihat selanjutnya... |
|