Pantun |
Sumber |
Tema |
Mengapa sampan hendak berlabuh, Kerana kemudinya sudah patah; Mengapa kelakuan tidak senonoh, Kerana hatinya lupakan Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yakin tegak tidakkan jatuh, Kurang yakin cepat goyahnya; Kain awak yang tidak senonoh, Orang lain dapat dosanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Roboh tiang runtuhlah rumah, Ke mana lagi hendak berteduh; Bodh orang runtuhlah maruah, Ke mana pergi tidak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sudahlah kaki tidak dibasuh, Kepalanya pula diberak burung; Sudahlah laki tidak senonoh, Mentuanya pula berbuat serong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau berjaja perak bersepuh, Tidak semahal barang aslinya; Kalau bekerja tidak senonoh, Banyaklah aral datang menimpa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila pelita tidak bersumbu, Tidakkan dapat dibuat suluh; Apabila dada tidak berilmu, Banyaklah sifat tidak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tidak salah padi jerami, Salahnya gantang tidak penuh; Tidak salah kepada kami, Salahnya abang tidak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok bersusun setandan penuh, Bila masak cepat ditebang; Untuk penonton hidup senonoh, Supaya tidak mendapat malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila badan tidak sihat, Tentu tak dapat berjalan jauh; Apabila iman tidak melekat, Tentulah sifat takkan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |