Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyak orang mandi berenang, Tidak peduli kapalnya karam; Banyak orang mencari senang, Tidak peduli halal dan haram. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tidak memilih memilah-milah, Menimbang sama kanan dan kiri; Sama kasih senang dan susah, Kurang menambah lebih memberi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu adil menimbang, Tidak memilih memilah-milah; Sifat Melayu tahu menenggang, Sama kasih senang dan susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Peribahasa |
---|
| 323 Into every life a little rain must fall Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|