| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Anak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Dua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Apa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Pisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Membawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Hari panas bulan puasa, Jemur padi tengah halaman; Dapat emas bantal suasa, Tidak sama tidur di lengan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Burung jelatik burung jeladan, Terbang bersama burung merpati; Dikira cantik dikira padan, Sayang tidak sama sehati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
| Puisi |
|---|
|
Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 437 Once burned, twice shy Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang Sekali tersengat, selalu beringat I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once burned, twice shy . Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|