Pantun |
Sumber |
Tema |
Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tidak salah padi jerami, Salahnya gantang tidak penuh; Tidak salah kepada kami, Salahnya abang tidak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pergi ke hutan memburu babi, Babi seekor taringnya panjang; Tidak salah lagakkan diri, Asal tidak menghina orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila meniup tidak cermat, Salah-salah tangan terbakar; Apabila hidup tidak berhemat, Lama-lama badan terkapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila badan terasa penat, Duduk salah berdiri salah; Apabila iman tiada kuat, Menengok harta tidak berbelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau menutup tidak rapat, Salah letak isi terbuang; Kalau hidup tidak beradat, Di mana tegak dibenci orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ajuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari redup menyemai padi, Wak Dolah menanam jagung; Kalau hidup tidak berbudi, Duduk salah berdiri canggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Batu kiwi batu pengasah, Buat pengasah parang cancung; Buat dosa buat salah, Malang nasib tidak tertanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.
Lihat selanjutnya... |
|