Pantun |
Sumber |
Tema |
Tanda parang ada hulunya, Tidak berhulu tidak terpakai; Tanda orang ada malunya, Tidak bermalu rosak perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika menyukat tidak pandai, Di kiri banyak di kanan kurang; Jika adat tidak dipakai, Negeri rosak umat berperang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ayonglah si kunang-kunang, Ia bernama si bunga pinang; Rosaklah di laut boleh kurenang, Rosak di hati tidak kusenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila tiang tidak disimpal, Lambat-laun tentulah retak; Apabila orang rosak perangai, Laknat turun seteru pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kata adat kata terpuji, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat serta sehati, Rosak nama bilang bersilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa guna membeli parang, Kalau tidak ada berhulu; Apa guna menjadi orang, Kalau rosak adat perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bagaimana orang hendak belayar, Kemudi rosak kena gelombang; Bagaimana abang hendak bersabar, Janjimu tidak dapat dipegang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Asam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati.
Lihat selanjutnya... |
|