Pantun |
Sumber |
Tema |
Cik Ali menembak berdetus, Bunyi sampai tepi madrasah; Nampak genting tidak putus, Dengar berderak tidak patah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Putus bersambung engkau bayam, Pandan tidak berduri lagi; Putus bersambung engkau malam, Badan bercerai tidak lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Lama tuan tidak ke ladang, Habis padi dililit kangkung; Lama tuan tidak dipandang, Rasa putus mahligai jantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana benang takkan putus, Kerana selalu disentak tarik; Bagaimana orang tidak merentus, Kerana bertemu awak mengusik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hanyutlah padi dibawa arus, Kerana talinya tidak berikat; Hanyutlah hati nyawa pun putus, Kerana kekasih tak mahu dekat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tikus mandi berenang, Mandi berenang dalam perahu; Rasa putus hati mengenang, Tuan dikenang tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Rebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 617 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|