Pantun |
Sumber |
Tema |
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kami tidak tidur ke Binjau, Kami takut tidur terlena; Kami tidak main terjujai, Kami takut badan terkena. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa guna lilin dipasang, Bila apinya tidak menyala; Apa guna main belakang, Bila tidak berani ke muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu mandi berkain basahan, Supaya aib tidak tersingkap; Baru sekali main sungguhan, Kerana nasib awak tertangkap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayalah tidak pandai berkain, Sebarang kain saya kainkan; Saya tidak pandai bermain, Sebarang main saya mainkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana main hendak selesai, Beruk menari makin gila; Bagaimana kain tidak terburai, Menengok laki bermain muda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau hendak main keriku, Kaca remuk dalam puan; Kalau tidak jadi di situ, Hati remuk kerana tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh ditetak senjakala, Buat main pasak perahu; Pasang pelita senjakala, Satu makhluk tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Puisi |
---|
|
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main.
Lihat selanjutnya... |
|